You are here >
Wed
08
Sep 2010
| Successfull Event - Majlis Meraikan Hari Lahir dan Pelajar Cemerlang Adik-adik dari Rumah Amal Seri Bestari | | Print | |
| Written by MamanTyco |
| Sunday, 11 July 2010 14:27 |
![]() Jam 8 Pagi..berberapa buah kenderaan members G2N telah pun tiba di Restoran Subaidah Kota Damansara, lokasi perjumpaan sebelum bertolak ke Rumah Amal Seri Bestari. Sempat juga kami breakfast dulu di Subaidah sementara menunggu member-member lain sampai. Pada pagi itu, jelas kelihatan keikhlasan ingin meraikan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik ini pada wajah G2Netters yang ada. Tak sabar-sabar lah kata kan.. sempat juga Ben mengecas set walkie talkie pagi tu sebab tak sempat nak cas pada malam sebelumnya. Yelah.. malam sebelum event, Ben, Maman, Blitz, Arenip, Uncle Pidoza, Riemax dan Kuza melepak dulu sampai pukul 5 pagi di HQ Kampung Baru. Tepat Jam 9pagi, cukup semua korum. Kami memulakan perjalanan kami pada pagi itu secara berkonvoi ke Rumah Amal Kasih Bestari yang terletak di Subang Bestari, tidak jauh dari lokasi perjumpaan kami tadi. ohh.. Tak lupa juga, kami sempat singgah di Shell untuk isi minyak sebelum meneruskan konvoi. Setibanya kami di rumah berkenaan, kelihatan anak-anak kecil ini sudah pun menunggu kehadiran kami di luar.. nampak nya mereka pun tak sabar-sabar nak pergi berjalan. Selepas mendapatkan senarai nama anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan yang menyambut hari lahir pada bulan 5,6, dan 7 daripada Ustazah Shima, anak-anak tadi dibahagikan kepada 3 ke 4 orang satu kumpulan. Setalh dibahagikan dan diperkenalkan kepada abang-abang, kakak-kakak angkat masing-masing, kami memulakan konvoi sebanyak 7 buah kenderaan diiringi 2 kereta Marshall, Maman dan MomokSiam yang berjaya mengawal keselamatan konvoi dengan jayanya. Lokasi pertama ialah FRIM. Memandangkan keadaan hujan lewat pagi itu aktiviti terpalsa ditangguhkan sehingga lepas makan tengahari. Aktiviti pertama tengahari itu ialah lawatan ke Muzium FRIM bersama adik-adik angkat kami. Banyak dipelajari mereka tentang hutan hujan terdapat di negara kita. Namun salah seorang adik tidak sihat jadi dia dijaga Ben, Maman dan Kuza. Adik-adik tersebut juga berpeluang mencuba sompotan fish spa. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka. Lokasi kedua pula adalah KFC Kota Damansara. Adik-adik yang menyambut ulangtahun pada bulan Mei, Jun dan Julai diraikan pula dengan majlis memotong kek. Jam 6 petang adik-adik ini dihantar pulang. Sayu pula rasanya apabila adik-adik tidak mahu berpisah dengan kami. Akhirnya kami terpaksa berpisah jua. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak di atas sumbangan wang, tenaga, masa dan kasih sayang. Insya ALLAH ada aktiviti untuk mereka menjelang Aidilfitri kelak! arenip tengah check brake kereta nya yang agak dah kong.. apax datang last minute.. thanks sbb join.. arenip masih tidak berpuas hati setelah mendapat penjelasan dari boy mengenai masalah kereta beliau.. kat sini lah kami berehat seketika untuk sesi pengenalan diri..Momok menung apa tu? rehat jap yer.. jamuan makan ringan sementara menunggu makanan sampai. haaa.. biasala nih.. tengah gosip2 la kot.. ermmm.. no komen.. subaru imprezza ori and subaru imprezza wannabe.. :D saudara moks bersama adik mamat.. hahaa.. kiut.. peace brader.. adik-adik ni mengerumuni kerta uncle moks yang dianggap laju antara semua..kereta yang lain di anggap kereta orang biasa je.. (hahaa..) adik-adik ni dah chop blitz sebagai future BF mereka.. sesi bergambar sebelum pulang. Klik sini untuk melihat gambar-gambar selebihnya.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 561 Comments (9)
![]()
ben
said:
|
Members Login
Shout Box
Latest Message: 12 hours, 3 minutes ago
- hafizam : Slamat hari raya kepada semua warga G2N. maaf zahir batin. hati2 di jalan raya. ingatlah orang yg tersayang...
- ajoyR3 : slamat ari raya G2N...maaf zahir batin...drive safely on road guyz...
- eddy790 : selamat hari raya semua... hari ni last kerja. sok da start cuti raya. hati2 di jln raya..
- charmz : morning...
- eddy790 : morning alll
- riemax : salam pagi
- Momok Siam : «link»
- Momok Siam : click la ahakz
- Momok Siam : «link»
- klopis : takziah kepada keluarga abg maman atas pemergian arwah ayahanda tercinta....semoga roh di cucuri rahmat..amin.
Only registered users are allowed to post
Latest Forum Post
fendyxr2 8.9.2010 23:24 |
fendyxr2 8.9.2010 22:25 |
fendyxr2 8.9.2010 22:22 |
campro_dragger 8.9.2010 18:33 |
hafizam 8.9.2010 12:20 |
hafizam 8.9.2010 12:19 |
charmz 8.9.2010 11:45 |
ajoyR3 8.9.2010 11:40 |
zmz_bangjo 8.9.2010 10:35 |
farish 8.9.2010 9:32 |
Whos Online
2 users
and 6 guests
online
About - Legal | Advertise | Contact
Find Us On










